Goreng Pisang Plastik

in Oh, Begitu!

Post kali ini bertujuan untuk membongkarkan resipi KILLER bagaimana untuk merangupkan pisang goreng. Ketahui fakta sebenar tentang strategi rahsia kenapa sesetengah peniaga dapat mengekalkan keranggupan makanan mereka sepanjang masa.

Ramai yang tidak tahu malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang nikmati bersama kopi panas setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin membahayakan kesihatan.

Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat.

Percayakah anda, baru-baru ini, kawan saya melihat sendiri bagaimana seorang peniaga merendam plastik minyak masak beserta minyaknya sekali kedalam kuali yang berisi minyak panas? Kemudian, peniaga tersebut mengoreng pisang tersebut seperti biasa. Tergaman kawan saya itu. Huh!

Inilah taktik terbaru peniaga yang mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan kesihatan orang lain.  Ada juga sesetengah peniaga yang membuat campuran bahan plastik dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya.

Beradasarkan maklumat diperoleh, taktik popular dan tidak melibatkan kos mula diamalkan peniaga pisang goreng. Apa dilakukan, peniaga akan mencairkan bekas air mineral atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan. Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang tersebut kekal segar dan rangup.

Bayangkan rasa nikmat pisang manis bersalut tepung rangup yang rangup dimakan itu sebenatnya disaluti plastik! Tidak dapat dinafikan kesedapannya, tetapi kita seharusnya lebih berhati-hati memilih gerai yang menjualnya makanan popular itu.

Hasil ujikaji dilakukan. Sewaktu plastik di goreng di dalam minyak yang sudah panas, plastik menjadi lembik dan tipis. Inilah tanda terputusnya ikatan-ikatan monomer.

Perpindahan monomer juga terjadi bila makanan atau minuman dalam plastik terkena panas matahari secara langsung. Bayangkan kesan daripada perkara ini, bahan-bahan kimia yang terdapat pada plastik telah masuk ke dalam tubuh ini tidak larut dalam air sehingga tidak dapat dibuang keluar, baik melalui urin ataupun feses (kotoran). Penumpukan bahan-bahan kimia berbahaya dari plastik di dalam tubuh dapat menyebabkan kanser. Semakin tinggi suhu makanan atau minyak gorengan tersebut maka semakin cepat perpindahan monomer-monomer.

Seboleh-bolehnya selepas ini periksa cara penyediaan khususnya campuran ramuan tepung pisang goreng terbabit memandangkan ramuan aslinya kini tercemar dengan bahan berbahaya selepas peniaga ghairah meraih keuntungan segera tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang atas tindakan mereka.
( Yang berkilau adalah plastik yang sedang digoreng di dalam minyak )

Namun, apa yang membimbangkan, sejauh manakah peniaga ini sedar akan kesan kepada kesihatan pada jangka panjang? Apakah pula tindakan pihak tertentu bagi mengawal serta memantau kegiatan peniaga-peniaga ini? Macam-macam cara yang dilakukan sekarang untuk mengejar keuntungan. Tak ingatkah mereka tentang balasan tuhan dengan menganiaya sesama manusia? Nauzubillah.

Kata lohiera;

;Lepas ini goreng pisang sendiri. Nak rangup senang je
ada org gunakan tepung beras+telur+kapur mkn skit..

cara mudah lg tepung gandum 3/4 + tepung beras 1/4 +kapur mkn skit..

nak kuningkan letak kunyit serbuk sikit..

selamat mencuba! Hee.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Artikel ini di-tulis oleh...

– who has written 393 posts on Wanita Oh Wanita...

Laman ini bertujuan berkongsi maklumat-maklumat berkaitan kesihatan dalam usaha membentuk masyarakat yang sihat rohani dan jasmani. :)

Contact the author

{ 2 comments… read them below or add one }

aesya March 21, 2011 at 1:43 AM

macamni lah cara pengilang bawang goreng lakukan..bawang goreng yang kita beli kat kedai tu semuannya plastic.

Reply

mountdweller February 6, 2012 at 7:50 PM

Terima kasih di atas info

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: